Song Joong-Ki Dan Lee Min-Ho Diharamkan di China, K-Drama Dan K-Pop Alami Masalah

Song Joong-Ki Dan Lee Min-Ho Diharamkan di China, K-Drama Dan K-Pop Alami Masalah

Hiburan
Berita buruk sedang menanti kedua-dua aktor yang bernama besar dari Korea Selatan iaitu Lee Min-Ho dan Song Joong-Ki. Ketika peminat sedang sibuk membandingkan siapa yang lebih kacak antara mereka, masalah yang lebih besar telah mengggemparkan dan melibatkan kedua-dua aktor ini di dalam bahaya. Walau bagaimanapun, bukan mereka berdua sahaja yang sedang dalam masalah. Sedang drama dan hiburan K-Pop sedang merebak ke seluruh dunia namun keadaan agak sedikit tegang di sini. Mengikut laporan dari berita tempatan dari China, negara tersebut telah pun mengharamkan kesemua hiburan yang berasal dari Korea Selatan. Ini bermaksud mereka tidak membenarkan lagi sebarang kemasukan hiburan Korea Selatan ke dalam negara mereka dan artis-artis dari Korea Selatan juga tidak sama sekali dibenarkan untuk menjadi hos atau jemputan dalam rancangan-rancangan dari China. Walaupun begitu, pengharaman ini bukanlah kerana masalah…
Read More
Joseph Schooling Tewaskan Idola Sewaktu Kecil, Michael Phelps Dalam 100M Renang Di Olimpik 2016

Joseph Schooling Tewaskan Idola Sewaktu Kecil, Michael Phelps Dalam 100M Renang Di Olimpik 2016

Sensasi
Jaguh renang berasal yang berasal dari Singapura iaitu Joseph Schooling mempamerkan persembahan bertenaga dengan memenangi pingat untuk renang kuak kupu-kupu di Longhorn Elite Invite pada pagi Sabtu menewaskan jaguh harapan dunia Michael Phelps. Berumur 20 tahun, Joseph merupakan salah satu daripada bintang harapan terbesar negara Singapura untuk Sukan Olimpik Rio De Janeiro berjaya mencatat masa terpantas sebanyak 51.58 saat menewaskan jaguh yang juga merupakan idolanya ketika kecil iaitu Michael Phelps yang hanya dapat mencatat kelajuan 51.65 saat sahaja ketika acara tamat. Phelps masih lagi unggul memegang rekod dunia beliau dari tahun 2009 iaitu catatan masa terpantas (42.82) saat. Schooling berasa sangat hebat dan berpuas hati dengan prestasi yang dimilikinya ketika ini dan berterima kasih atas sokongan dari keluarganya. Ini mencatatkan kemenangan pertama Schooling dalam menewaskan jaguh dunia Phelps. Menurut Schooling…
Read More
Panduan Kepada Aksesori Asas Untuk Lelaki

Panduan Kepada Aksesori Asas Untuk Lelaki

Gaya Hidup
Sejarah kepada aksesori lelaki ini memang tidak akan selesai untuk diperkatakan kerana perkara ini sudah terjadi sejak bertahun lamanya dalam dunia fesyen lelaki. Hanya lelaki yang benar-benar pandai bergaya yang mengetahui asas untuk bagaimana hendak mengenakan aksesori yang bersesuaian dengan pakaian agar gaya kelelakian milinya terserlah. Panduan ini bertujuan untuk membenarkan setiap lelaki di dunia ini untuk memahami dan perkara-perkara asas dalam memastikan ketrampilan anda dan gaya anda agar lebih terserlah dan memberikan tahap keyakinan yang tinggi kepada anda apabila berada bersama ramai orang yang tidak dikenali. Jom kita ikuti beberapa panduan asas yang berguna untuk para lelaki mencari aksesori yang penting untuk mereka gayakan bagi menyerlahkan ketrampilan gaya diri. 1. Kasut Dan Stoking Untuk ketika ini apa kata kita menjauhkan diri buat seketika daripada pakaian sukan dan berikan fokus…
Read More
Gadget Dan Trend Teknologi Masa Hadapan Yang Paling Kita Nantikan

Gadget Dan Trend Teknologi Masa Hadapan Yang Paling Kita Nantikan

Gaya Hidup
Kedatangan masa depan yang baru! Dengan hakkat ini lebih banyak kemunculan barangan baru yang hebat dan gempak yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mencetuskan revolusi kepada cara kta melancong, menjimatkan tenaga, menjaga rumah dan kekal terhibur. Di seluruh dunia, pencipta-pencipta yang bijak sedang bertungkus-lumus dalam menghasilkan suatu pembaharuan dengan mencipta sesuatu yang menarik dan memberikan kaedah yang lebih baik untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih mudah. Jom kita lihat beberapa koleksi barangan terbaru yang bakal muncul di pasaran dan boleh mencetuskan fenomena baru di dalam dunia gadget dan teknologi. 8K TV Jika anda beranggapan bahawa televisyen sedia ada ini sudah cukup hebat, maka anda perlulah berfikir sekali lagi kerana 8K bakal memberikan suatu perubahan baru yang belum pernah tercapai oleh fikiran anda sebelum ini. Anda bakal dihidangkan dengan gambar yang lebih…
Read More
Pokemon Go: Pokemon Yang Paling Mudah Dan Susah Untuk Ditangkap

Pokemon Go: Pokemon Yang Paling Mudah Dan Susah Untuk Ditangkap

Sensasi
Walaupun Pokemon Go mempunyai sedikit persamaan dengan permainan Pokemon yang sering kita main menggunakan tangan selama ini, namun masih ada seperkara yang belum berubah; iaitu Pokemon yang sukar dijumpai akan sentiasa sukar untuk ditangkap dengan mudah. Tiada apa yang lebih menyakitkan hati dari menjumpai samada Lapras ataupun Venusaur dan kemudiannya mendapati anda hanya memiliki beberapa bilangan kecil bola Poke sahaja. Malangnya, tidak banyak yang mampu untuk anda lakukan ketika ini untuk menangani masalah tersebut kerana ianya adalah sebahagian daripada permainan ini. Namun sekurang-kurangnya informasi ini dapat memberiahu anda dengan lebih awal tentang Pokemon yang manakah yang bakal memberikan anda lebih banyak masalah berbanding yang lain. Seminggu yang lepas, Tech Insider ada mengeluarkan sebuah klip video yang memberikan pengguna sedikit informasi berguna berkenaan Pokemon manakah yang paling mudah atau paling sukar…
Read More